Azwan Ismail and Muhammad Adli Ahmad and Khairul Ashraaf Saari and Muhd Bazli Hashim (2025) Tawarruq And Its Application In Islamic Banking Education Financing In Malaysia. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 10 (74). pp. 747-762. ISSN 0128-1755
|
Text
Tawarruq And Its Application In Islamic Banking Education Financing In Malaysia.pdf Download (675kB) |
Abstract
Tawarruq merupakan salah satu instrumen kewangan yang digunakan dalam perbankan Islam untuk memenuhi keperluan pembiayaan berlandaskan prinsip syariah. Tawarruq memainkan peranan penting terhadap pembiayaan pendidikan dalam menyediakan penyelesaian kewangan berteraskan hukum Islam, terutamanya dalam menyediakan kemudahan pembiayaan tanpa melanggar larangan riba. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penerapan konsep tawaruq dan menganalisis pematuhan kontrak produk tawaruq beberapa perbankan di Malaysia berlandaskan garis panduan yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Kajian ini menggunakan analisis kualitatif desktriptif dengan memfokuskan perbincangan pada konsep syariah dalam pembiayaan pendidikan perbankan Islam di Malaysia. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa, pembiayaan pendidikan di Malaysia telah menunjukan pengaplikasian yang tinggi berteraskan konsep tawarruq yang telah diperincikan oleh BNM. Namun begitu, beberapa perbankan Islam tidak dapat memperincikan konsep komoditi dengan baik dan seterusnya mampu menimbulkan keraguaan terhadap kepatuhan syariah berdasarkan konsep ‘jual beli’. Akhir sekali, kajian ini mencadangkan beberapa penambahbaikan bagi memantapkan aplikasi tawarruq dalam pembiayaan pendidikan pada institusi perbankkan di Malaysia.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Tawarruq, Pembiayaan Pendidikan, Perbankan Islam, Syariah, Malaysia |
| Divisions: | Institute of Graduate Studies (IGS) |
| Depositing User: | LIBRARY2 UPTM |
| Date Deposited: | 22 Sep 2026 04:10 |
| Last Modified: | 22 Sep 2026 04:10 |
| URI: | http://eprints.uptm.edu.my/id/eprint/6211 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
