EPrints Logo

Bahasa Melayu dan AI Dari Budaya ke Algoritma Menyatukan Warisan, Teknologi dan Komunikasi Insani

Jessica Ong Hai Liaw and Nora Ibrahim and Kamarazaman Yacob and Kang Myoung Sook and Charanjit Kaur Darshan Singh (2025) Bahasa Melayu dan AI Dari Budaya ke Algoritma Menyatukan Warisan, Teknologi dan Komunikasi Insani. UNSPECIFIED.

[img] Text
Bahasa Melayu dan AI_ Dari Budaya ke Algoritma Menyatukan Warisan, Teknologi dan Komunikasi Insani.pdf

Download (701kB)

Abstract

Bahasa Melayu merupakan warisan budaya dan identiti nasional yang perlu diperkukuh dalam menghadapi arus globalisasi teknologi, khususnya kecerdasan buatan (AI). Walaupun AI semakin meluas penggunaannya, pembangunan teknologi yang mesra Bahasa Melayu masih terhad dan menimbulkan kebimbangan tentang potensi terhakisnya nilai warisan, kesantunan, serta peranan bahasa ibunda dalam komunikasi insani. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bagi menilai tahap penerimaan dan penghayatan masyarakat terhadap penggunaan Bahasa Melayu dalam AI dengan mengambil kira tiga dimensi utama, iaitu Warisan dan Identiti, Teknologi dan Komunikasi Insani. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk tinjauan dengan soal selidik sebagai instrumen utama. Seramai 400 responden dipilih melalui pensampelan bertujuan, instrumen kajian terdiri daripada 40 item yang diukur menggunakan skala Likert lima mata. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif (min, peratusan, sisihan piawai) serta analisis inferensi melalui perisian SPSS. Kajian ini memberi implikasi kepada tiga dimensi utama: akademik, dengan menyumbang kepada perbahasan sosiolinguistik moden; praktikal, dengan memberi panduan kepada pembangun AI, institusi pendidikan, dan kerajaan untuk mengintegrasikan elemen budaya Melayu dalam teknologi; dan dasar, dengan menyokong pelaksanaan Dasar Kebudayaan Negara serta Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara. Secara tuntas, integrasi AI dengan Bahasa Melayu bukan sahaja mampu meningkatkan fungsi teknologi, tetapi juga berperanan sebagai instrumen penting dalam melestarikan warisan, memperkukuh identiti nasional dan mengekalkan kesantunan komunikasi insani.

Item Type: Book
Divisions: Faculty of Education, Social Science and Humanities (FESSH)
Depositing User: LIBRARY2 UPTM
Date Deposited: 25 Sep 2026 01:57
Last Modified: 25 Sep 2026 01:57
URI: http://eprints.uptm.edu.my/id/eprint/6241

Actions (login required)

View Item View Item