EPrints Logo

Media Sosial Sebagai Medium Dakwah Peranan Kesantunan Berbahasa Dalam Komunikasi

Nurul Ashiqin, Jaafar and Noorazean Razali and Nur Filzahruz Mohamad Sah and Adila Abdullah (2025) Media Sosial Sebagai Medium Dakwah Peranan Kesantunan Berbahasa Dalam Komunikasi. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 10 (75). pp. 687-697. ISSN 0128-1755

[img] Text
Media Sosial Sebagai Medium Dakwah_ Peranan Kesantunan Berbahasa Dalam Komunikasi.pdf

Download (333kB)

Abstract

Media sosial merupakan satu medium penting untuk berdakwah dalam kalangan masyarakat khususnya golongan remaja kini. Kebanjiran media sosial seperti facebook, Instagram, twitter, tiktok dan sebagainya telah mewujudkan satu peluang baru kepada pendakwah untuk menyebarkan kebaikan dan ajaran Islam. Medium ini juga dilihat mampu memberikan impak positif terhadap aktiviti dakwah sama ada melalui penulisan atau dalam bentuk video. Walaubagaimanapun, perlaksanaan dakwah melalui medium ini dikhuatiri terlalu bebas tanpa kawalan terutama dari sudut penggunaan bahasa santun yang boleh mengundang salah faham atau kekeliruan terhadap maksud dakwah yang ingin disampaikan sekiranya penggunaan bahasa ketika proses penyampaian dakwah itu tidak sesuai dengan keadaan para pendengar dan pembaca. Tujuan utama penulisan artikel ini adalah untuk mengetahui peranan kesantunan berbahasa ketika berdakwah di media sosial selain melihat masalah serta cabaran yang dihadapi ketika berdakwah. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis dokumen yang merujuk kepada sumber dari al-Quran serta beberapa artikel ilmiah yang telah diterbitkan dalam jurnal-jurnal terpilih juga buku-buku yang berkaitan. Hasil penulisan ini menunjukkan kesantunan berbahasa memainkan peranan yang penting dalam memastikan mesej yang disampaikan oleh pendakwah mudah diterima dan difahami selain keperibadian pendakwah itu sendiri mampu menjadi daya pengaruh yang baik malah mampu

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kunci: Kesantunan Berbahasa, Media Sosial, Medium Dakwah.
Divisions: Institute of Graduate Studies (IGS)
Depositing User: LIBRARY2 UPTM
Date Deposited: 18 Sep 2026 04:18
Last Modified: 18 Sep 2026 04:18
URI: http://eprints.uptm.edu.my/id/eprint/6197

Actions (login required)

View Item View Item