EPrints Logo

Pengurusan Halal Melalui Pengaduan Awam Kajian Piagam Pelanggan Dalam Organisasi Islam

Madihatun Zainuddin and Sharifah Hayaati Syed Ismail al-Qudsy (2025) Pengurusan Halal Melalui Pengaduan Awam Kajian Piagam Pelanggan Dalam Organisasi Islam. International Journal of Law, Governanment and Communication, 10 (42). pp. 158-179. ISSN 0128-1763

[img] Text
Pengurusan Halal Melalui Pengaduan Awam_ Kajian Piagam Pelanggan Dalam Organisasi Islam.pdf

Download (596kB)

Abstract

Pemprosesan Persijilan Halal merupakan salah satu tema yang terdapat di dalam salah satu Piagam Pelanggan di JAKIM di mana ia merupakan janji yang diberikan kepada pemohon dalam tempoh tertentu untuk menyiapkan Sijil Halal. Dalam merealisasikan sebuah pengurusan yang baik dalam sesebuah organisasi, amat penting untuk staf di dalam organisasi peka terhadap janji yang diutarakan seperti mana yang termaktub dalam Piagam Pelanggan mereka. Piagam Pelanggan ialah pernyataan secara bertulis oleh organisasi untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan bagi memenuhi keperluan masyarakat khususnya kepada pelanggan yang berurusan dalam mana-mana organisasi. Permasalahan atau isu yang yang timbul adalah apabila terdapat sesetengah organisasi mengabaikan janji yang diutarakan dalam Piagam Pelanggan mereka. Ini dapat dilihat melalui maklum balas Pengaduan Awam yang diberikan oleh masyarakat. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pelbagai cabaran serta cadangan penambahbaikan yang dilakukan oleh JAKIM berdasarkan maklum balas Pengaduan Awam dalam menguruskan persijilan halal. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan metode temu bual sebagai metode utama di mana tiga orang staf dari JAKIM akan diambil dan dijadikan responden untuk sesi temu bual yang dijalankan. Selain itu, metode dokumentasi turut digunakan seperti laporan Piagam Pelanggan, Laporan Manual Prosedur Persijilan Halal, dan lain-lain. Selain itu, laporan-laporan yang terdapat di dalam laman sesawang JAKIM turut dijadikan sebagai rujukan. Hasil dapatan mendapati bahawa terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi semasa proses persijilan halal, iaitu; faktor masa dalam pengurusan persijilan halal JAKIM; faktor pemohon tidak memahami bermula tempoh 30 hari; serta faktor pemohon tidak meneliti atau memahami prosedur yang ditetapkan. Namun begitu, JAKIM telah berusaha menanganinya dengan melakukan penambahbaikan serta merangka beberapa pelan strategik seperti menambahbaik sistem muat naik dokumen (My Ingredients), penyelarasan yuran pendaftaran sijil halal online, inisiatif pembukaan lebih banyak kaunter-kaunter, memperkukuhkan sistem Fast Track, mengadakan persidangan bersama industri, training on halal serta penambahan kakitangan halal. Implikasi kajian dapat dilihat khususnya kepada penjawat awam serta hak pelanggan ketika berurusan di dalam organisasi. Perkara ini dapat dilihat dengan meneliti kepentingan perlaksanaan Piagam Pelanggan yang berkualiti, iaitu dengan menunaikan segala aspek janji dengan sebaik mungkin dan seterusnya mencapai kepuasan pelanggan melalui janji yang ditunaikan dengan bertanggungjawab dan amanah.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pengurusan; Halal; Organisasi Islam; Pengaduan Awam; Piagam Pelanggan
Divisions: Institute of Graduate Studies (IGS)
Depositing User: LIBRARY2 UPTM
Date Deposited: 22 Sep 2026 00:51
Last Modified: 22 Sep 2026 00:59
URI: http://eprints.uptm.edu.my/id/eprint/6201

Actions (login required)

View Item View Item